Monday, October 20, 2008

HAMZAH MUFRAD

WARSH menukar hamzah sukun dengan syarat:


Terletak pada tempat fa فعل bagi wazan yang datangnya hamzah sukun pada tempat fa فعل dalam kalimah.

 misalnya يؤمنون على وزن يفعلون
تألمون على وزن تفعلون
ائت على وزن افع

Mengibdalkan hamzah sukun mengikut baris sebelumnya:
Apabila sebelumnya fathah,ibdal kepada alif
 misalnya تأملون - تاملون
Apabila sebelumnya dommah,ibdal kepada wau
 misalnya المؤمنون - المومنون
Apabila sebelumnya kasrah,ibdal kepada ya
 misalnya الذين اؤتمن – الذين ايتمن


WARSH mengecualikan lafaz :
 الأيواء)) kerana tidak terdapat dalam al-quran pada 7
tempat
 mentahkidkan hamzah pada kalimah tersebut ketika . dalam al-quran contohnya : (المأوى ، مأوهم ، مأوكم ، فأووا ، تؤوى ، تؤويه ، مأوه )
WARSH mengibdalkan hamzah berbaris fathah ditempat fa فعل selepas huruf dommah:
 misalnya مؤجلا – موجلا ، يؤيد – يويد ،


WARSH tidak ibdal hamzah apabila :
 Hamzah ditempat ain فعل dalam kalimah (فؤادك)
 Hamzah yang dommah selepas fathah (تؤزهم)

SUSI mengecualikan ibdal hamzah sukun pada 5 kategori :
Apabila sukun alamat jazam.
 6 lafaz yang tiapnya feel mudore’ majzum


تسؤ. pada 3 tempat
 تسؤهم surah at-taubah & ali imran
 تبدلكم تسؤكم {surah Al-maidah.}

نشاء pada 3 tempat:
 أن نشاننزل عليهم {surah Ssy-Syuara’.}
 أن نشانخسف بهم الأرض {surah saba’}
 أن نشا نغرقهم {surah Yaasin.}

يشأ pada 10 tempat:
 أن يشا يذهبكم {surah An-Nisa,Al-An’aam,Ibrahim dan Fatir.}
 فان يشاء الله يختم علي قلبك،ان يشا يسكن الريح {2 tempat dalam surah As-Syuraa.}
 أن يشا يرحمكم أو ان يشا يعذبكم {2 tempat dalam surah Isra’}
 من يشاء الله يضلله ومن يشا يجعله علي صراط مستقيم {2 tempat dalam surah Al-An’aam.}

يهيء
 ويهي لكم {dalam surah Al-Kahfi}

ننساها
 م ننسخ من ءاية اوننسها {surah Al-Baqarah}

ينبا
 ام لم ينبا بما في صحف موسي {surah An-Najm}


HAMZAH yang berbaris kasrah diringkaskan daripada pertemuan 2 sukun dan tidak jelas sukunnya pada 2 tempat kecuali ketika waqaf pada lafaz:
 {فاءن يشا الله}
 {يشاء الله يضلله}

SUSI tiak mengibdalkan hamzah sukun apabila sukun bina’.
 11 kalimah yang setiapnya fe’el amar mabni atas sukun.


-وهي لنا {surah Al-Kahfi}
أنبئهم بأسماءهم{surah Al-Baqarah}
نبننا بتأويله {surah Yusuf}
نبي عبادي {surah Al-Hijr}
ونبئهم عن ضيف ابراهيم {surah Al-Hijr}
ونبئهم أن الماء {surah Al-Qamar}
7/8:أرجئه {pada surah Al-A’raaf dan surah Asy-Syuara’}
اقرأ كتبك {surah Al-Isra’}
10/11:اقرأ باسم ربك،اقرأ وربك الأكرم {kedua-duanya dalam surah Al-‘Alaq}


HAMZAH sukun yang dikecualikan bagi Susi iaitu ketika menyebut padanya dengan Hamzah yang tahqiq kerana takut berubah makna untuk menyebut Hamzah yang ibdal.
 2 kalimah pada dua tempat:

وتؤي اليك من تشا {surah Al-Ahzab}
وفضيلتة التي توية {surah Al-Ma’arij}

SUSI tidak mengibdalkan Hamzah dalam 4 kalimah pada {وري يا} dalam kalimah أحسن أثنا ورءيا pada surah Maryam,kerana apabila diibdalkan Hamzah kepada Ya’ sukun dan diidgamkan Ya’ kedua akan mendatangkan kekeliruan pada maknanya.


SUSI mengecualikan ibdal pada kalimah {مؤصدة}

 2 tempat pada dua surah.

Surah Al-Balad
Surah Al-Humazah

SUSI mentahqiqkan pada kalimah tersebut kerana asal kalimah {أأصدت} maka mengibdalkan alif kedua jadi {أصدت}

Mazhab ABU AMRU mentahqiqkan Hamzah tersebut dan diikuti SUSI kerana gurunya.

SUSI mentahqiqkan Hamzah pada lafaz بارنكم pada 2 tempat dalam surah Al-Baqarah kerana mengikut gurunya.


WARSH,KISAIE, dan SUSI mengibdalkan Hamzah kepada Ya’ pada lafaz {اللذئب} pada tempat dalam surah Yusuf.

وأخاف ان يأكله الذئب
لئن أكله الذئب
فأكله الذئب

 Diibdalkan Ya’ mad {الذئب}
 Baki qura’ mentahqiqkan pada kalimah {الذئب،بئير،بئر}


SYU’BAH dan SUSI bersepakat mengibdalkan Hamzah sukun pertama kepada و pada lafaz .اللولو
 Ma’rifah {يخرج منهما اللؤلؤ والمرجان}
 Nakirah {كانهم لؤلؤ مكنون}
Baki qura’ mentahqiqkan Hamzah pada lafaz {لؤلؤ}{اللؤلؤ}

DURI ABU ‘AMRU menambah Hamzah suku yang tahqiq pada lafaz {شنا لأ يلئكم من اعملكم}dalam surah Al-Hujurat kepada {لأ يألتكم}

SUSI mengibdalkan Hamzah pada alif.{يالتكم}
Baqi qura’ tanpa Hamzah.

WARSH mengibdalkan hamzah pada lafaz لئلأ kepada Ya’ fathah pada 3 tempat.
 لئلأ يكون للناس عليكم حجة {pada surah Al-Baqarah}
 لئلأ يكون للناس علي الله حجه بعد الرسل {pada surah An-Nisa’}
 لئلأ يعلم أهل الكتب {pada surah Al-Hadid}


WARSH mengibdalkan Hamzah النسئ kepada Ya’ kemudian mengidghamkan kepada Ya’ sebelumnya dalam ayat انما النسئ زيادة في الكفر dalam surah At-Taubah kepada انما النسي زيادة في الكفر .
Baki qura’ mentahqiqkan Hamzah kepada لئلأ 3 tempat dan pada lafaz النسئ

Kaedah Mad badal bagi tiap-tiap qura’ wajib iaitu apabila bertemu 2 Hamzah dalam 1 kalimah yang kedua daripada sukun maka diibdalkan huruf mad daripada baris harakat sebelmnya:
 Sebelumnya fathah diibdalkan alif {ادم،امن،اتي}
 Sebelumnya dhommah diibdalkan kepada wau {وأوذو،وأوتوا}
 Sebelumnya kasrah diibdalkan kepada Ya’
{ايمانا،لأءيلأف قريش}

PREPARED BY: ANAS BIN HAJI MOKHTAR
(5349)

No comments: