Tuesday, October 21, 2008

BAB BASMALAH

TAKRIF BASMALAH

Basmalah ringkasan daripada kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

SUMBER

Lafaz basmalah terdapat di dalam mashaf Al-Quran yang mulia iaitu dalam surah An-Naml pada ayat-30, yang bermaksud :

" Sesungguhnya ia (surah) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim "

CARA MEMBACANYA

Pembacaan lafaz basmalah ketika hendak melakukan sesuatu pekerjaan yang baik adalah disunatkan lagi ketika hendak membaca Al-Quran sama ada di permulaan surah.

Terdapat sepotong hadis Rasulullah S.A.W. bersabda mafhumnya:

" Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak dimulakan dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan tersebut akan terputus (daripada keberkatan)"


" Sesungguhnya ia (surah) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim "

CARA MEMBACANYA

Pembacaan lafaz basmalah ketika hendak melakukan sesuatu pekerjaan yang baik adalah disunatkan lagi ketika hendak membaca Al-Quran sama ada di permulaan surah.

Terdapat sepotong hadis Rasulullah S.A.W. bersabda mafhumnya:

" Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak dimulakan dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan tersebut akan terputus (daripada keberkatan)"


PREPARED BY: MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MUSTAFA KAMIL
(5204)

BAB YA YANG DITAMBAH

1- Ya yang berada dihujung ada empat cara :
i) pada nama : الداعى
ii) ya dihazaf dari tulisan :
iii) ya tambah tetap atau hazaf :
iv) ya tambah asli : وعيد

2- Kaedah pada tetapkan ya tambah atau hazafkan :

1) IBNU KASIR tetapkan pada keadaan wasal dan wakaf
2) HISYAM tetap pada keadaan wasal dan wakaf
3) HAMZAH tetapkan keadaan wasal , dan hazaf keadaan wakaf
4) ABU AMRU , NAFIK , KISAIE tetapkan wasal dan hazaf wasal
5) BAKI QURO’ hazaf keadaan wasal dan wakaf

3- HAMZAH , WARSH , ABU AMRU wasal.BAZZI tetap dan wasal

4- IBNU KASIR tetap dan wasal.ABU AMRU dan QALUN wasal.

5- NAFI’ , ABU AMRU , dan HAFS ya yang maftuhah keadaan wasal.ketika wakaf, QALUN , ABU AMRU , dan HAFS hazaf dan tetap.

PREPARED BY: AHMAD SHAHRUL ISHAN BIN ISMAIL
(4911)

IDGHAM KHABIR

Ta’rif
Bahasa : memasukkan
Istilah : memasukkan huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris seolah-olah
menjadi satu huruf yang bertasydid.

Idgham terbahagi kepada dua bahagian:

1 ~ Idgham kabir (besar)
berlaku apabila dua huruf yg berbaris bertemu.

2 ~ Idgham soghir (kecil)
berlaku apabila huruf yg pertama sukun dan huruf yg kedua berbaris.

Syarah bait:

Bait pertama
~Membahaskan tentang Abu Amru membaca dengan idgham kabir dan daripada dua perawinya,tetapi hanya Susi yg membaca dgn idgham kabir.
~Manakala pula Ad-durri membaca dgn izdhar pada idgham kabir seperti Imam-imam lain ( baki Qurra’)

Bait kedua
~pada kalimah منسككم dan ماسلككم Susi akan membaca dua kalimah di atas dengan idgham.
~Susi mengidghamkan huruf ك ke dalam huruf ك pada dua kalimah di atas sahaja.
Susi akan membaca منسِكْكّم dan ماسلككّم .

Bait ketiga dan keempat
-Apabila dua huruf mutamathilain dan kedua-duanya berbaris pada dua kalimah maka Susi akan mengidghamkan huruf yg pertama ke dalam huruf yg kedua.
Contoh: يعلم ما بين أيديهم , وطبع على قلوبهم

-Apabila huruf yg pertama itu drpd mutamathilain huruf mad atau huruf mad lin.
Contoh: فيه هدى , وقوم من maka harus bg Susimengidghamkannya dengan tiga wajah:
~ dua harkat (القصر)
~ empat harkat (التوسط)
~ enam harkat (المد)

Bait kelima dan keenam
pada bait ini igham kabir terbahagi kepada empat bahagian:
1- Apabila huruf awal daripada huruf mutamathilain itu ta’ mutakallim.
2- Apabila huruf awal daripada huruf mutamathilain itu ta’ mukhattob.
3- Apabila huruf awalnya tanwin.
4-Apabila huruf awalnya tashdid .

PREPARED BY: MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MUSTAFA KAMIL
(5204)

BAB UMUL QURAN

 IMAM A`SIM dan KISAE menetapkan “alif” pada lafaz (ملك يوم الدين)
-BAKI QURA yang lain membaca dengan membuang huruf “alif” pada kalimah (ملك)

 lafaz (سراط) & (السراط) terdapat tiga khilaf:-

1)QUNBUL AN- IBNU KASIR membaca “sin” pada lafaz(سراط) & (السراط) seperti yang terdapat dalam bait yang prtama.
2)KHOLAF membaca ishmam pada huruf “shod” seperti bunyi “zai” sebagaimana huruf”dzho” yang dibaca oleh orang awam pada (سراط) & (السراط).
3)KHALLAD hanya membaca dengan ishmam pada lafaz “as-shirot” yang pertama sahaja seperti rawi kholaf.manakala pada lafaz “shirot”,khalad membaca tanpa ishmam sepert baki qura`.

IMAM HAMZAH mendhomahkan huruf “ha” pada 3 kalimah dibawah samada ketika wasal dan wakaf:-
-alaihum:غير مغضوب عليهم
-iilaihum:مرسلة إليهم
-ladaihum:وما كنت لديهم

BAKI QURA` membaca pada 3 lafaz tersebur samada dengan mengkasrah huruf “ha”.
>>MAZHAB QURA` MIM JAMA` ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

IBNU KASIR silah mim jama` dengan kadar dua harkat.
Dalil:وصل ضم ميم الجمع قبل محارك دراك
QALUN terdapat khilaf pada pada shilah mim jama` shilah dan sukun:
-apabila ketika wasal kadar panjang mim jama` ialah 2 harkat.
-melainkan apabila selepas mim jama` terdapat “hamzah qotho” membaca dengan kadar 2 dan 4 harakat.

Dalil:وقلون بتخييره جلا

 WARSH shilah dengan kadar 6 harkat ketika wasal sahaja,tetapi dengan syarat selepas mim jama` terdapat “hamzah qotho`”
 BAKI QURA`mensukun mim jama` selepasnya huruf berbaris qaulan wahidan ketika wasal.
 apabila “mim jama`” sebelum daripada huruf sukun ,semua qura` mendhommahkan “mim” dan ketika wasal dibaca tanpa shilah iaitu tanpa mad.
 apabila datang huruf “mim” sebelum sukun dan sebelum itu huruf “ha” dan sebelum huruf “ha” itu huruf “ya sukun” atau huruf yang berbaris kasrah adalah seperti berikut:-

1)ABU AMRU ALMASYAR dengan kasrah ‘MIM’ mengikut baris kasrah pada hurf “ha”.
2)HAMZAH dan KISAIE membaca dengan mendhommahkan huruf “ha” dan “mim”
3)BAKI QURA` membaca dengan kasrah “ha” dan mendhommahkan huruf “mim”.
4)ketika wasal semua qura menkasrahkan “ha” dan mensukunkan “mim” melainkan hamzah pada kalimah:-

-بهم الأسباب
يوفهم الله-
يوم يأتهم العذاب-

PREPARED BY: MUHAMMAD LUTFI BIN MOHD DANIYAN
(5250)

Monday, October 20, 2008

BAB WAKAF MENGIKUT TULISAN

1- Kufiyun ( asim,hamzah, kisaie ) ,abu amru , nafi’ , ikut dalam mashaf ketika wakaf pada keadaan pilihan dan darurat.

2- Apabila ha taknif ditulis dengan ta maftuhah, , maka diwakaf atasnya dengan ha oleh ibnu ksir, abu amru dan kisaie.

3- Datang ha taknis ditulis dengan ta maftuhah pada 13 tempat :

1) رحمت
2) نعمت
3) سنت
4) امرأة
5) سقيت
6) قرة عين
7) فطرت
8) شجرة الزقوم
9) لعنت الله
10) وجنت نعيم
11) ومعصيت الرسول
12) ابنت عمرن
13) وتمت كلمت ربك الحسنى


4- Ada perselisihan faham pada – وتمت كلمت ربك صدقا وعدلا
- ءايت للسائلين
- غيبت الجب
 Siapa baca dengan ifrad, maka wakaf dengan ha.
 Siapa baca dengan jamak , maka baca dengan ta.

5- Wakaf kisaie dengan ha
 أفريتم اللت
 ذات بهة
 ولات حين مناص
هيهات هيهات


6- Wakaf ibnu amir dan ibnu kasir dengan ha = يا أبت
 Wakaf setiap quro’ kecuali abu amru pada lafaz كأين dengan nun
 Wakaf abu amru وكأى dengan ya

7- Wakaf oleh abu amru dengan tanpa khilaf , malah kisaie dengan khilaf pada kalimah :
• مال هذا الرسوبل
• مال هذا الكتاب
• فمال هؤلاء القوم
• فمال الذين كفروا

8- Wakaf kisaie dan abu amru dengan alif pada lafaz (يا ايه) يأيه الساحر
أيه)) ايه المؤنون ، ايه الثقلان

9- Wakaf semua quro’ selain abu amru dan kisaie dengan ha pada lafaz ويكأنه dan dengan nun pada lafAz ويكأن

10- Wakaf hamzah dan kisaie denga alif pada lafaz أيا = أيا ما تدعوا

11- Bazzi wakaf dengan ha saktah dengan khilaf pada kalimah berikut
 فيم أنت
 مم خلق
 عم يتٍلون
لم أذنت لهم
 بم يرجع

PREPARED BY: AHMAD SHAHRUL ISHAN BIN ISMAIL
(4911)

ISTILAH PENTING BAGI QIRAAT

1. Qiraat ( القراءت ) :
Iaitu bacaan yang disandarkan bacaan kepada salah seorang daripada imam-imam al-qurra’ yang mana bersambung ( sanad ) bacaan mereka kepada Nabi Muhammad S.A.W.

2. Imam ( امام ) :
Iaitu orang yang disandarkan bacaan kepadanya serta menjadi ikutan umat khususnya bagi mereka yang sezaman dengannya.

3. Riwayat (رواية ) :
Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra’.

4. Rawi راوي ) ) :
Iaitu orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra’.

5. Toriq طريق ) ) :
Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi, demikian juga orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi tersebut dinamakan sebagai toriq. Penggunaan istilah toriq tidak dihususkan bagi mereka dan bacaan mereka sahaja, bahkan ia juga digunakan bagi bacaan dan generasi sesudah mereka hingga ke bawah.





BACAAN SEPULUH YANG MUTAWATIR

Bacaan sepuluh yang mutawatir iaitu bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-qurra’ serta diriwayatkan oleh kumpulan manusia yang ramai. Bacaan sepuluh yang mutawatir ina terbahagi kepada dua kategori :

1) Al-Qiraat al-Asyr al-Kubra ( القرءت العشر الكبرى ) :

Iaitu bacaan-bacaan sepuluh besar. Bacaan sepuluh besar adalah bacaan yang disandarkan kepad sepuluh imam yang al-qurra’ yang terkenal iaitu :

I. Imam Nafi’
II. Imam Ibnu Kathir
III. Imam Ibnu ‘Aamir
IV. Imam ‘Aashim
V. Imam Hamzah
VI. Imam Al-Kisaie
VII. Imam Abu Ja’far
VIII. Imam Ya’kub
IX. Imam Khalaf Al-‘Aasyir

Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam Ibnu al-Jazari dalam matannya (syair ) yang disebut matan al-Jazariah ( متن الجزرية )

2) Al-qiraat al-‘Asyr al-Shughra ( القراءت العشر الصغر ) iaitu bacaan-bacaan sepuluh kecil. Bacaan-bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-Qurra’ yang sama tetapi gabungan dua sumber iaitu :

I. Al-qiraat al-Sab’ ( القراءت السبع ) iaitu bacaan-bacaan tuuh yang disandarkan kepada tujuh imam al-Qurra’ iaitu imam Nafi’, imam ‘Aasim, imam Ibnu Kathir, imam Abu ‘Amru, imam Ibnu ‘Aamir, imam Hamzah dan al-Kisaie. Bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Syatibi dalam matannya ( syair )yang di sebut matan al-Syatibi ( متن الشطبية )

II. Al-qiraat al-Thalath ( القراءت الثلاث ) iaitu bacaan-bacaan tiga ( melengkapkan bacaan tujuh ) yang disandarkan kapada tiga imam al-Qurra’ iaitu imam Abu Ja’far, imam Ya’kub dan imam Khalaf al-‘Aasyir. Bacaan –bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Jazari dalam matannya ( syair ) yang disebut matan al-Durrah ( متن الدرة ).

PREPARED BY: MUHAMMAD ARIF BIN ZULKARNAIN
(4797)

BAB WAKAF PADA AKHIR KALIMAH

1- Pada bahasa : menahan

Pada istilah : tahan suara seketika ketika membaca dengan niat untuk meneruskan bacaan.
2- Asal wakaf adalah disukunkan huruf yang diwakaf atasnya
3- Abu amru dan kufiyun (asim,hamzah,kisaie) mewakafkan dengan rum dan ishmam.
4- Takrif rum : perlahankan suara ketika menyebut baris huruf semasa wakaf
5- Takrif ishmam : muncung dua bibir ketika sebut huruf akhir kalimah dengan tanpa suara.
6- Rum dan ishmam berfungsi pada kalimah yang dommah dan kasroh.

7- Kalimah mabni : ( I ) dommah =من حيث
( ii ) fathah = اين
( iii ) kasroh = هؤلاء
8- Harakat ikrab : (i) rofo’ = غفوررحيم
(ii) nasob = أو ألقى السمع
(iii) jar = من السماء
9- Tidak masuk rum dan ishmam pada tiga tempat :
(i) Ta’ taknis marbutoh diwakaf dengan ha : رحمة ، نعمة
(ii) Mim jamak ketika didommahkan dan disambung dengan wau عليكم
(iii) Baris yang mendatang dengan sebab = pindah = قل اوحى
= bertemu dua sukun = قل اللهم


PREPARED BY: AHMAD SHAHRUL ISHAN BIN ISMAIL
(4911)