Monday, October 20, 2008

dua hamzah dalam dua kalimah

ABU AMRU menggugurkan Hamzah pertama dari dua Hamzah qata’ yang berdekatan dalam 2 kalimah yang bersambung dengan syarat kedua-duanya sama baris.
Fathah {جاء أمرنا}
Kasrah {هؤلأء ءان}
Dhommah {أولياء اولنك}

Huruf mad yang sebelum Hamzah mempunyai 2 wajah bacaan:
Qasr (2 harakat)
Pertengahan (4 harakat)

QALUN dan BAZZI bersepakat menggugurkan Hamzah pertama ketika kedua-duanya fathah {جاء أحدكم}
Alif sebelumnya dibaca dengan 2 wajah:
Qasr (2 harakat)
Pertengahan (4 harakat)

QALUN dan BAZZI membaca dengan tashil:
Ketika kedua-duanya kasrah,Hamzah pertama ditashilkan diantara Hamzah dan Ya’ {هؤلأء ءان}
Ketika kedua-duanya dhommah,Hamzah pertama ditashilkan diantara Hamzah dan wau {أولياء أولنك}


Sesetengah ahli qura' selain QALUN dan BAZZI mengibdalkan Hamzah pertama kepada wau kemudian mengidghamkan wau pertama yang sebelumnya pada lafaz بالسوء {ءالأ مارحم} menjadi {باالسو ءالأ}

Sesetengah yang lain mentashilkan Hamzah pertama diantara wau seperti asal kaedah QALUN dan BAZZI pada Hamzah yang kedua-duanya kasrah
{باالسؤ الأ}kepada:
Qasr (2 harakat)
Pertengahan (4 harakat)


QALUNdan BAZZI tidak khilaf dalam meringankan lafaz {باالسؤ ؤالأ ما رحم ءالي} dengan menutup dan mengunci.

WARSH dan QUNBUL pada Hamzah kedua ketika kedua-duanya bersepakat baris:
Tahqiq Hamzah pertama,tashil Hamzah kedua
 Fathah diantara Hamzah dan alif
 Kasrah diantara Hamzah dan Ya’
 Dhommah diantara Hamzah dan wau
Tahqiq Hamzah pertama,ibdal Hamzah kedua mengikut baris yang sesuai daripada jenis baris sebelumnya.
 Fathah kedua-dua,ibdal kepada alif
 Kasrah kedua-dua,ibdal kepada Ya’
 Dhommah kedua-dua,ibdal kepada wau


Selepas Hamzah kedua huruf sukun maka selepas mengibdalkan huruf mad dan dimadkan dengan kadar 6 harakat {جاء أمرنا}
Apabila selepasnya huruf yang berbaris maka dimadkan huruf mad ibdal daripada Hamzah kedua dengan kadar dua harakat sahaja {جاء أحدكم الموت}


Wajah ketiga bagi WARSH:ada dua Hamzah dalam kalimah {هؤلأء ءان كنتم}dalam surah Al-Baqarah dan pada kalimah {علي البغاء ءان أردن}dalam surah An-Nur mengibdalkan WARSH ketika kasrah dengan Ya’


Diringkaskan bagi WARSH pada {هؤلأء ءان} kepada 3 wajah:
 Tashil Hamzah kedua.
 Ibdal Hamzah huruf mad dimadkan dengan kadar 6 harakat.
 Mengibdalkan Hamzah kepada Ya’ kasrah.

Pada lafaz {علي البغاء ءان أردن} mempunyai 4 wajah:
 Tiga wajah terdapat pada lafaz {هؤلأء ءان}
 Wajah yang keempat ialah ibdal kedua huruf mad dimadkan dengan kadar 2 harakat {ان}


WARSH pada kalimah {للنبي ءان أراد} dalam surah Al-Ahzab mempunyai 3 wajah:

 Tahqiq Hamzah pertama dan mentashilkan yang kedua
 Tahqiq Hamzah dan mengibdalkan yang kedua kepada Ya’ yang mudah dimadkan dengan kadar 6 harakat
 Tahqiq Hamzah yang pertama dan mengibdalkan yang kedua kepada Ya’

WARSH dan QUNBUL pada kalimah {من النساء ءان اتقيتن} mempunyai 3 wajah yang disebut pada {للنبي ءان أراد} kecuali pada wajah ketiga dimadkan dengan kadar 2 harakat menjadikan nun berbaris dengan kasrah diringkaskan daripada bertemu 2 sukun.

PREPARED BY: ANAS BIN HAJI MOKHTAR
(5349)

No comments: