Monday, October 20, 2008

DUA HAMZAH DALAM SATU KALIMAH

Syarah:-

Apabila Berhimpun 2 Huruf Hamzah ( ء ) Dalam 1 Satu Kalimah:

- NAFI' , IBNU KASIR & ABU 'AMRU Membaca Dengan Tashil ( تسهيل ) Pada Huruf Hamzah
( ء ) Kedua.

contoh :-
- tashil secara fathah antara hamzah dan alif(ءانذرتهم)
- tashil secara kasroh diantara hamzah dan ya’ (ائذا)
- tashil secara dommah diantara hamzah dan wau(أؤنبئكم)

PENDAPAT AHLI MESIR: Imam Wars Hanya Membaca Dengan Tashil Sekiranya Huruf Selepas Hamzah
Yang Kedua Berbaris Sukun (mati), Ia Dibaca Dengan Kadar 6 Harakat.
Dan Sekiranya Huruf Selepas Hamzah Kedua Berbaris Fathah, Kasroh, Atau
Dommah Dengan Dibaca Dengan Kadar 2 Harakat.

PENDAPAT AHLI BAGHDAD: Imam Warsh Membaca Tashil Baina-Baina Dalam Semua Keadaan Iaitu
Huruf Selepas Hamzah Kedua Berbaris Sukun, Fathah, Kasroh, Ataupun
Dhommah.

Manakala Imam-Imam Lain Membaca dengan tahkik dua hamzah dalam tajuk yang TIGA. Pada Lafaz ( ءاعجمى وعربى) Di Dalam Surah Fusilat.

- Imam hamzah, kisaie dan syu’bah membaca secara tahqik.
- Imam hisyam pula membaca dengan gugurkan hamzah yang pertama. ( ءاعجمى وعربى)



Pada surah الحقاف pada ayat (أذهبتم طيبتكم ) :
- dua orang qura’ iaitu ibnu amir dan ibn kathir tambah hamzah pada qalimah yang pertama. (ءأذهبتم )
- cara bacaan selepas ditambah hamzah (ءأذهبتم )
(a) ibnu kathir membaca dengan tahkik pada hamzah yang pertama dan tashil pada hamzah yang kedua.
(b) Imam hisyam baca dengan tahqik hamzah yang pertama dan khilaf pada hamzah yang kedua iaitu tahkik atau tashil.
(c) Ibnu zakuan membaca dengan tahkik kedua2 hamzah.
(d) Baki qura’ iaitu (nafi’ , abu amru, asim , hamzah dan kisaie) tidak tambah pada kalimah tersebut dan cara bacaan sepeti biasa.


Di Dalam Surah Al-Qolam ( القلم ), Pada Ayat أن كان ذا مال و بنين

-Imam Hamzah Dan Syu'bah Membaca Dengan Tahqiq Kedua-dua Huruf Hamzah.

-Ibnu 'Aamir Membaca Tahqiq Pada Huruf Hamzah Yang Pertama Dan Tashil HUruf Hamzah Kedua.

-Baki Qurra' Yang Lain Membaca Seperti Biasa.


Dalam surah ali-imran pada ayat أن يؤتي أحد مثل ما أو تيتم
- ibnu kathir membaca dengan tambah hamzah pada kalimah ءأن يؤتي kemudian beliau tahkik yang awal dan tashil hamzah yang kedua.
- Baki qura’ iaitu imam nafi’ , abu amru, asim, hamzah, ibn amir dan kisaie. Baca seperti biasa.

PREPARED BY: SYAFIK BIN ISMAIL
(5321)

No comments: