Monday, October 20, 2008

WAKAF HISYAM DAN HAMZAH PADA HURUF HAMZAH.

HAMZAH memudahkan huruf Hamzah pada tempat waqaf sama ada huruf Hamzah berada ditengah atau di akhir kalimah.
Tashil berubah secara mutlak serta merubahkan Hamzah mempunyai 4 bahagian:
Tukar
Pindah
Tashil(antara)
Buang atau gugur
TUKAR
 Menukarkan huruf Hamzah yang sukun kepada huruf mad mengikut beris sebelumnya.
Contohnya:
Huruf Hamzah berada di tengah kalimah بوأنا} jadi {بوانا
Huruf Hamzah berada di akhir kalimah تفتؤا} jadi {تفتؤ
PINDAH (berlaku ketika waqaf)
 Apabila berjumpa huruf Hamzah yang berbaris dan sebelumnya huruf yang mati,maka dipindahkan harakat huruf Hamzah kepada huruf yang mati sebelumnya dan dibariskannya kemudian dibuang huruf Hamzah.
Contohnya:
Huruf Hamzah berada di tengah kalimah. مسئولأ} jadi {مسولأ
Huruf Hamzah berada di akhir kalimah. ملء} jadi {مل


TASHIL (antara)(berlaku ketika waqaf)
 Terjadi ketika huruf Hamzah berada di tengah kalimah yang didahului dengan huruf alif.
 Tashil huruf Hamzah bersama 6 dan 2 harakat pada huruf alif sebelumnya.
Contohnya:
دكاء} jadi {دكاءن
Apabila datang huruf Hamzah di hujung kalimah dan sebelumnya huruf alif.
 Apabila disukunkan,dua huruf alif yang mati bertemu,maka dibuang salah satu huruf daripadanya.Cara bacaannya ialah panjang dengan 2,4,6 harakat tanpa huruf Hamzah.
Contohnya:{السفهاء}
 Apabila huruf Hamzah didahului dengan huruf wau,ketika waqaf huruf Hamzah ditukarkan kepada huruf wau dan diidghamkan huruf pertama kepada huruf kedua.
Contohnya:قروء} jadi{قرو
 Apabila huruf Hamzah didahului dengan huruf Ya’ yang ditambah,ditukarkan huruf Hamzah kepada huruf Ya’ kemudian diidghamkan huruf pertama ke dalam huruf kedua.
Contohnya:هنيئا} jadi {هنيا


Huruf wau atau huruf Ya’ yang asal pada ketika waqaf dibaca dengan dua wajah:
Pindah atau Tukar berserta idgham.
Contohnya:شيئا} jadi {شيا(نقل)
شيئا} jadi {شيا(ابدال)


Hukum Hamzah yang berbaris yang bterletak selepas huruf yang berbaris ada 9 jenis:


1. HAMZAH fathah selepas baris di bawah.
Contontohnya:فئة} jadi {فية

2. HAMZAH fathah selepas baris di depan.
Contohnya:يؤيد} jadi {يويد

3. HAMZAH fathah selepas baris di atas.
Contohnya: {شنان}

4. HAMZAH kasroh selepas baris di depan.
Contohnya: {سئل}

5. HAMZAH kasroh selepas beris di bawah.
Contohnya: {بارئكم}

6. HAMZAH kasroh selepas baris di atas.
Contohnya: {مطمئنين}

7. HAMZAH dhommah selepas baris di depan.
Contohnya: {برؤوسكم}

8. HAMZAH dhommah selepas baris di atas.
Contohnya: {رءوف}

9. HAMZAH dhommah selepas baris di bawah.
Contohnya: {فمالئون}


HISYAM mengikut bacaan Hamzah ketika huruf Hamzah berada di hujung kalimah sahaja.

Ketika huruf HAMZAH berada di tengah kalimah,HISYAM akan baca dengan tahqiq seperti HAFS.

PREPARED BY: AHMAD SHAHRUL ISHAN BIN ISMAIL
(4911)

No comments: