Tuesday, October 21, 2008

BAB UMUL QURAN

 IMAM A`SIM dan KISAE menetapkan “alif” pada lafaz (ملك يوم الدين)
-BAKI QURA yang lain membaca dengan membuang huruf “alif” pada kalimah (ملك)

 lafaz (سراط) & (السراط) terdapat tiga khilaf:-

1)QUNBUL AN- IBNU KASIR membaca “sin” pada lafaz(سراط) & (السراط) seperti yang terdapat dalam bait yang prtama.
2)KHOLAF membaca ishmam pada huruf “shod” seperti bunyi “zai” sebagaimana huruf”dzho” yang dibaca oleh orang awam pada (سراط) & (السراط).
3)KHALLAD hanya membaca dengan ishmam pada lafaz “as-shirot” yang pertama sahaja seperti rawi kholaf.manakala pada lafaz “shirot”,khalad membaca tanpa ishmam sepert baki qura`.

IMAM HAMZAH mendhomahkan huruf “ha” pada 3 kalimah dibawah samada ketika wasal dan wakaf:-
-alaihum:غير مغضوب عليهم
-iilaihum:مرسلة إليهم
-ladaihum:وما كنت لديهم

BAKI QURA` membaca pada 3 lafaz tersebur samada dengan mengkasrah huruf “ha”.
>>MAZHAB QURA` MIM JAMA` ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

IBNU KASIR silah mim jama` dengan kadar dua harkat.
Dalil:وصل ضم ميم الجمع قبل محارك دراك
QALUN terdapat khilaf pada pada shilah mim jama` shilah dan sukun:
-apabila ketika wasal kadar panjang mim jama` ialah 2 harkat.
-melainkan apabila selepas mim jama` terdapat “hamzah qotho” membaca dengan kadar 2 dan 4 harakat.

Dalil:وقلون بتخييره جلا

 WARSH shilah dengan kadar 6 harkat ketika wasal sahaja,tetapi dengan syarat selepas mim jama` terdapat “hamzah qotho`”
 BAKI QURA`mensukun mim jama` selepasnya huruf berbaris qaulan wahidan ketika wasal.
 apabila “mim jama`” sebelum daripada huruf sukun ,semua qura` mendhommahkan “mim” dan ketika wasal dibaca tanpa shilah iaitu tanpa mad.
 apabila datang huruf “mim” sebelum sukun dan sebelum itu huruf “ha” dan sebelum huruf “ha” itu huruf “ya sukun” atau huruf yang berbaris kasrah adalah seperti berikut:-

1)ABU AMRU ALMASYAR dengan kasrah ‘MIM’ mengikut baris kasrah pada hurf “ha”.
2)HAMZAH dan KISAIE membaca dengan mendhommahkan huruf “ha” dan “mim”
3)BAKI QURA` membaca dengan kasrah “ha” dan mendhommahkan huruf “mim”.
4)ketika wasal semua qura menkasrahkan “ha” dan mensukunkan “mim” melainkan hamzah pada kalimah:-

-بهم الأسباب
يوفهم الله-
يوم يأتهم العذاب-

PREPARED BY: MUHAMMAD LUTFI BIN MOHD DANIYAN
(5250)

No comments: