Tuesday, October 21, 2008

IDGHAM KHABIR

Ta’rif
Bahasa : memasukkan
Istilah : memasukkan huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris seolah-olah
menjadi satu huruf yang bertasydid.

Idgham terbahagi kepada dua bahagian:

1 ~ Idgham kabir (besar)
berlaku apabila dua huruf yg berbaris bertemu.

2 ~ Idgham soghir (kecil)
berlaku apabila huruf yg pertama sukun dan huruf yg kedua berbaris.

Syarah bait:

Bait pertama
~Membahaskan tentang Abu Amru membaca dengan idgham kabir dan daripada dua perawinya,tetapi hanya Susi yg membaca dgn idgham kabir.
~Manakala pula Ad-durri membaca dgn izdhar pada idgham kabir seperti Imam-imam lain ( baki Qurra’)

Bait kedua
~pada kalimah منسككم dan ماسلككم Susi akan membaca dua kalimah di atas dengan idgham.
~Susi mengidghamkan huruf ك ke dalam huruf ك pada dua kalimah di atas sahaja.
Susi akan membaca منسِكْكّم dan ماسلككّم .

Bait ketiga dan keempat
-Apabila dua huruf mutamathilain dan kedua-duanya berbaris pada dua kalimah maka Susi akan mengidghamkan huruf yg pertama ke dalam huruf yg kedua.
Contoh: يعلم ما بين أيديهم , وطبع على قلوبهم

-Apabila huruf yg pertama itu drpd mutamathilain huruf mad atau huruf mad lin.
Contoh: فيه هدى , وقوم من maka harus bg Susimengidghamkannya dengan tiga wajah:
~ dua harkat (القصر)
~ empat harkat (التوسط)
~ enam harkat (المد)

Bait kelima dan keenam
pada bait ini igham kabir terbahagi kepada empat bahagian:
1- Apabila huruf awal daripada huruf mutamathilain itu ta’ mutakallim.
2- Apabila huruf awal daripada huruf mutamathilain itu ta’ mukhattob.
3- Apabila huruf awalnya tanwin.
4-Apabila huruf awalnya tashdid .

PREPARED BY: MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MUSTAFA KAMIL
(5204)

No comments: