Takrif· Bahasa: Yang ditambah.·
Istilah : Memanjangkan suara akan huruf mad apabila berjumpa dengan hamzah ataupun sukun.
Huruf-huruf Mad;I. Huruf alif yang sukun,terdapat sebelumnya baris fathah.
II. Huruf wau yang sukun,terdapat sebelumnya baris dommah.
III. Huruf ya yang sukun,terdapat sebelumnya baris kasrah.
Ketiga-tiga huruf ini dapat diringkaskan supaya mudah dihafal iaitu ( نوحيها )
Pembahagian Mad:1. Mad Asli.2. Mad Farii.Takrif Mad Asli;·
Iaitu mad yang tidak dipanjangkan apabila bertemu dengan hamzah atau sukun.
Kadar panjangnya hanya 2 harkat kerana tiada pengulangan atau penambahan huruf asalnya.
Takrif Mad far’ii;· Iaitu mad yang dipanjangkan apabila bertemu dengan hamzah atau sukun.
Mad far’ii yang dipanjangkan kerana hamzah mempunyai 3 bahagian;
Mad Munfasil.
Mad Muttasil.
Mad badal.
Takrif Mad Munfasil· iaitu huruf mad yang bertemu dengan huruf hamzah dalam dua kalimah. · Hukumnya; Harus dipanjangkan 6 harkat.
Perselisihan Ahli Qura’ Mengenainya
1. Imam kholun dan Duri Abu Amru membacanya dengan kadar 2 & 4 harkat.
2. Imam Susi dan Ibnu Khasir membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja.
3. Imam Warsy dan hamzah membacanya dengan kadar 6 harkat sahaja.
4. Baki ahli Qura’ yang lain seperti imam Ibnu Amir,A’shim, dan imam Kisaie membacanya dengan kadar 4 & 5 harkat sahaja.
Takrif Mad Muttasil· iaitu huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah.· Hukumnya: Wajib dipanjangkan.
Perselisihan Ahli Qura’ Mengenainya
1. Imam Warsy dan hamzah membacanya dengan kadar 6 harkat sahaja.
2. Baki ahli Qura’ yang lain membacanya dengan kadar 4 & 5 harkat sahaja.
Takrif Mad Badal· Iaitu kalimah pada asalnya yang mempunyai 2 hamzah di mana hamzah pertama berbaris dan hamzah yang keduanya sukun,maka diibdalkan hamzah yang kedua kepada jenis huruf yang sama dengan harkat hamzah yang pertama.·
Hukumnya: Harus dipanjangkan.
Perselisihan Ahli Qura’ Mengenainya;1. Kesemua ahli Qura’ membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja.
2. Imam Warsy membacanya dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat sahaja.
3 tempat di mana imam Warsy tidak membacanya dengan kadar 4 & 6 harkat;
1. Apabila terdapat sukun yang sahih berada sebelum hamzah yang sukun
Contoh: القرأن 2.
Apabila terdapat hamzah yang berbaris tanwin sebelum alif yang sukun.Contoh: دعاء 3.
Apabila terdapat hamzah wasal selepas huruf Mad yang sukun.Contoh: اوتمن
Terdapat kalimah yang mempunyai perselisihan oleh imam Warsy;أ. Pada kalimah (يوأخذكم) walaupun dalam apapun ia datang di dalam Al-Quran, imam Warsy membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja.ب. Pada kalimah (ٳسرأيل) walaupun dalam apapun ia datang di dalam Al-Quran, imam Warsy membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja iaitu pada huruf ya’ yang berada selepas huruf hamzah,tetapi ketika waqaf ianya bertukar menjadi hukum Mad Aridh Lilsukun.
Perselisihan pembacaan oleh imam Warsy pada 2 kalimah ini;
1. Kalimah (الأن) iaitu bertembungnya antara hamzah istifham dengan hamzah wasal seperti mana yang terdapat di dalam surah Yunus,pada kalimah ini ada 2 cara pembacaannya.
i. Membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja iaitu pada huruf alif yang berada selepas huruf lam.
ii. Membacanya dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat iaitu dengan cara badal (penukaran huruf).
2. Kalimah (عاداالأؤلى) seperti mana yang terdapat di dalam surah Najm. Pada kalimah ini ada 2 cara pembacaannya.
i. Membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja.
ii. Membacanya dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat.
2 pembahagian Mad Far’ii yang dipanjangkan apabila bertemu dengan sukun;
1. Sukun yang asal.
2. Sukun yang baru jadi.
Takrif Sukun yang asal.
· Iaitu yang ada ketika wasal (sambung) mahupun waqaf (berhenti), membacanya dengan kadar yang panjang kerana disebabkan oleh Mad lazim.
Mad Lazim terbahagi kepada 2 bahagian;
1. Kalimi (kalimah).
2. Harfi (huruf).
Takrif Mad Lazim Kalimi;
· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang sukun biasa ketika wasal dan waqaf pada satu kalimah.
Mad Lazim Kalimi terbahagi kepada 2 bahagian.
1. Musaqqal.
2. Mukhaffaf.
Takrif Mad Lazim Kalimi Musaqqal.
· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang bertanwin
Contoh: لين الضا ولا
Takrif Mad Lazim Kalimi Mukaffaf.
· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang sukun yang jelas
Contoh: الأن , محيائ
· Hukumnya;dibaca dengan kadar 6 harkat oleh kesemua ahli Qura’ tidak kira ketika wasal mahupun waqaf.
Takrif Sukun yang asal:
· Iaitu sukun yang terjadi hanya ketika waqaf.
· 2 cara membacanya iaitu dengan kadar 4 & 6 harkat.ianya tidak dibaca dengan kadar 2 harkat kerana pada ketika wasal mahupun waqaf kesemua ahli Qura’ menukar hukumnya kepada Mad Aridh Lilsukun.
Mad Lazim Harfi;
· Iaitu mad yang mempunyai sukun yang jelas pada huruf berbaris fathah dipermulaan surah di mana huruf hijahiyyah tersebut mestulah mempunyai 3 huruf dan ditengahnya mesti ada huruf mad.
Mad Lazim Harfi terbahagi kepada 2 bahagian.
1. Musaqqal.
2. Mukhaffaf.
Mad Lazim Harfi Musaqqal.
· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang bersaddah.
Contoh: Huruf lam pada: الم
Huruf sin pada: طسم
Mad Lazim Harfi Mukhaffaf.
· Iaitu huruf Mad yang terletak selepas huruf yang sukun.
Contoh: Huruf mim pada: حم ق,ق,
Pada huruf a’in yang terdapat di awal surah Maryam iaitu ( كهيعص) dan pada surah Syura iaitu ( عسق حم ) .Terdapat 2 cara pembacaannya.
i. Membacanya dengan kadar 4 harkat kerana boleh ditukar menjadi Mad Lin.
ii. Membacanya dengan kadar 6 harkat.
Kesimpulannya: Kesemua ahli Qura’ lebih mengafdalkan membacanya dengan kadar 4 harkat.
Pada kalimah ( طه ) yang terdapat dipermulaan surah Tahaa,kesemua huruf (طهر حي ) dibaca dengan kadar 2 harkat kerana kesemua ahli Qura’ berpendapat bahawa pada kesemua huruf ini hanya mempunyai 2 huruf sahaja apabila dipisahkan.
Pada huruf alif yang terdapat di permulaan surah tidak dipanjangkan kerana ditengahnya tiada huruf Mad apabila dipisahkan.
Pada huruf mim yang terdapat di permulaan surah Al_Imran iaitu ( الله الم ) .terdapat 2 cara pembacaannyapada ketika wasal (sambung).
1. Membaca dengan kadar 6 harkat kerana menjadi mad lin keatas asal bersambung..
2. Membaca dengan kadar 2 harkat kepada mim yang pada asalnya berbaris sukun ditukar kepada baris fathah.Jika tidak akan bertemu 2 sukun dan ianya disepakati oleh kesemua ahli Qura’.
Pada kalimah ( الم )yang terdapat di permulaan surah Al_Imran,ketika wasal ianya dibaca dengan kadar 6 harkat tanpa perselisihan oleh semua ahki Qura’.
Telah dikhususkan oleh imam Warsy hanya pada kalimah ( )dipermulaan surah Ankabut dengan 2 cara pembacaannya.
1. Menukarkan harkat hamzah kepada huruf lam pada ketika wasal.
2. Membaca dengan kadar 6 harkat bersama ahli Qura’ yang lain pada ketika waqaf
Pembahagian Mad Lin:
1. Mad Lin Mahmuz (berhamzah).
2. Mad Lin Khair Mahmuz (tiada hamzah).
Takrif Mad Lin Mahmuz:
· Iaitu huruf wau atau ya’ yang sukun berada diantara huruf sebelumnya berbaris fathah dan selepasnya huruf hamzah.Contoh: استيئس
2 jenis kadar pembacaan yang dibaca oleh imam Warsy pada mad ini.Ø Membaca dengan kadar 4 & 6 harkat tidak kira ketika wasal mahupun waqaf.
Baki ahli Qura’ membaca Mad Lin Mahmuz di mana syaratnya mesti ada huruf hamzah di akhir kalimah.
Contoh: شئ 3 jenis kadar pembacaan yang dibaca oleh kesemua imam Qura’ pada mad ini pada ketika wasal.
Ø Membaca dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat.
Mad Lin Khair Mahmuz:
Kesemua ahli Qura’ bersependapat bahawa Mad Lin Khair Mahmuz di baca dengan kadar 2 & 4 & 6 harkat.
Contoh: لاضير
Terdapat perselisihan oleh ahli Ada’ mengenai pembacaan imam Warsy pada huruf wau pada kalimah ( سوء ) .
Contoh 1 : تهما سوء لهما بدت
Contoh 2 : تكم سوء يورى
Kesimpulannya:Terdapat 4 corak mengenai pembacaan imam Warsy pada kalimah ( سوء ) seperti berikut:
1.Membaca dengan kadar 2 harkat pada huruf wau dan kadar 2 harkat pada Mad Badal akannya.
2. Membaca dengan kadar 2 harkat pada huruf wau dan kadar 4 harkat pada Mad Badal akannya.
3. Membaca dengan kadar 2 harkat pada huruf wau dan kadar 6 harkat pada Mad Badal akannya.
4. Membaca dengan kadar 4 harkat pada huruf wau dan kadar 4 harkat pada Mad Badal akannya.
Ahli Ada’ telah bersepakat bahawa imam Warsy membaca huruf wau dengan kadar 2 harkat pada kalimah :
Contoh: ( الموءودة ) surah al-kahfi
Contoh: ( موئلا)
Tuesday, October 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment