Monday, October 20, 2008

BAB ISTIAZAH

TAKRIF:

Bahasa : Berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Istilah : Lafaz yang memohon perlindungan dan penjagaan daripada Allah untuk diri kita daripada syaitan yang di laknat.

SUMBER LAFAZ ISTI `AZAH:

Lafaz isti`azah ini diambil di dalam Al-Quran yang mulia iaitu di dalam surah An-Nahli.

رواه أبو داوود من حديث أبي سعيد الخدري رضي الله عنه: كان رسول الله (ص) إذا قام من الليل يقول :
أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم، من همزه ونفخه ونفثه.


(Diriwayatkan oleh imam Abu Daud rah.)

CARA MEMBACA ISTI`AZAH :

Menurut Imam Nadzim rah. lafaz isti`azah di baca ketika membaca Al-Quran tidak kira di permulaan surah ataupun di pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang mulia .
Kesemua Imam Qurra' membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan Al-Quran.

Terdapat pelbagai lafaz isti`azah yang diharuskan dalam membacanya,diantaranya :
1.Lafaz yang diajar oleh Malaikat Jibril A.S kepada Rasulallah S.A.W. yang bermaksud:
"aku berlindung diri kepada Allah Azza Wajalla daripada syaitan yang direjam"
2. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang mana lafaz ini juga disukai oleh segolongan ulama' salaf yang bermaksud:
"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T.yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam "

3. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang bermaksud :
"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T. agar mendapat keampunan yang Maha Agong daripada azabnya yang amt pedih dan daripada tipu daya syaitan , sesungguhnya dialah (Allah) yang Maha Mendengar lagi Maha Mengatahui "

KEADAAN-KEADAAN MEMBACANYA:

Imam Hamzah membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan surah Al-Fatihah dan membaca dengan suara yang perlahan pada surah yang lain yang di dalam AL-Quran yang mulia . Selain itu Imam Nafi' , membaca lafaz isti`azah dengan suara perlahan pada keseluruhan surah yang terdapat di dalam Al-Quran.

TEMPAT YANG DI SUNATKAN MEMBACANYA DENGAN PERLAHAN :

1. Ketika membaca berseorangan diri ataupun dikhalayak ramai.
2. Di dalam sembahyang fardu mahupun nafil tidak kira siang mahu pun malam, berseorangan ataupun berjemaah.
3.ketika diwaktu pertengahan pembacaan tadarus Al-Quran secara berjemaah.
Selain dari tempat-tempat yang di sebutkan di atas, pembacaan lafaz isti`azah boleh dibaca dengan nada yang kuat .




PEMBACAAN LAFAZ ISTI`AZAH DENGAN BASMALAH DAN DI AWAL SURAH :

Imam-Imam Qura’ membaca dengan 4 cara iaitu:

1.Berhenti pada lafaz isti`azah tanpa bersambung dengan lafaz basmalah dan awal surah.

2.Berhenti pada lafaz istiazah tetapi bersambung lafaz basmalah dengan awal surah.

3.Menyambung lafaz isti`azah dengan lafaz basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.

4.menyambung ketiga-tiganya sekali .

PREPARED BY: MAJDI BIN HUSSAIN
(5327)

No comments: