Monday, October 20, 2008

BAB HURUF YANG HAMPIR PADA MAKHRAJNYA.

Imam Qalad, Kisaei dan Abu ‘Amru mengidghamkan huruf الباء yang sukun kepada huruf الفاء pada 5 tempat sahaja di dalam Al-Quran , seperti berikut:

->Surah An-nisa’ ( أو يغلب فسوف نوءتيه)
->Surah Ar-Rodhdu (وإن تعجب فعجب قولهم )
->Surah Al-Isra’ ( قال اذهب فمن تبعك)
->Surah Thoha ( قال فاذهب فإن لك )
->Surah Al-Hujrat ( ومن لم يتب فأولئك )

Imam Qalad membaca dengan 2 wajah pada tempat tersebut di dalam surah Al-Hujrat.
Baki ahli Qura’ bersepakat mengizharkan pada 5 tempat tersebut.
Imam abu Haris mengidghamkan huruf اللام yang mati kepada huruf الذال kepada 6 tempat berikut :
~>Surah Al-Baqoroh ( ومن يفعل ذالك فقد ظلم نفسه)
~>Surah Al-‘Imran ( ومن يفعل دالك فليس من الله في شىء )
~>Surah Al-‘Imran ( ومن يفعل دالك عدوانا وظلما )
~>Surah An nisa’ ( ومن يفعل دالك ابتغاء مرضات الله)
~>Surah Al-furqan (ومن يفعل دالك يلق أثاما )

Baki Qura’ mengizharkan huruf lam yang berbaris dhomah yang trdapat didalam surah Al Baqarah saja.

Imam kisaei mengidghamkan huruf fa yang sukun kepada huruf ba hanya didalam surah Saba’,dan baki ahli qura’ mengizharkannya.

Imam hamzah,kisaei dan Abu Amru mengidghamkan huruf zal yang sukun kepada huruf ta pada lafaz hanya pada 2 tempat seperti berikut;
1~


Imam hamzah,kisaei dan Abu Amru mengidghamkan huruf zal yang sukun kepada huruf ta hanya didalam surah tohaa,


Imam Abu Amru,hisham dan kisaei mrngidghamkan huruf sa kepada huruf ta pada lafaz (اورئثموها) yang terdapat pada 2 tempat didalam suroh Al A’raf dan Al Zafzaf

Imam Abu Amru mengidghamkan huruf ra yang sukun kepada huruf lam walaupun terdapat perselisihan akannya dan imam susi mengidghamkannya dengan tanpa khilaf,dimana semua baki ahli qura’ mengizharkannya,

Imam hafs,hamzah,ibnu kasir,abu amru dan qalun mengizharkan huruf nun pada lafaz (يسن) dengan huruf wau pada kalimah (والقرأن).begitu juga pada kalimah
(ن والقلم).baki ahli qura’ mengidghamkan huruf nun pada 2 tempat tersebut mekainkan imam warsy membacanya dengan 2 wajah iaitu pada kalimah(ن والقلم).

PREPARED BY: MOHD ANAS BIN ALIAS
(4921)

No comments: