Tuesday, October 14, 2008

BAB DAL PADA QAD

Huruf yang diidghamkan atau diizharkan pada huruf الدال dikalimah قد. Terdapat 8 jenis huruf tersebut yang mana mestilah berada di awal kalimah.Ianya juga mestilah berada selepas kalimah قد.

8 huruf itu ialah:
I. ص
II. ج
III. ز
IV. ظ
V. ض
VI. ذ
VII. س

Perselisihan penbacaan ahli Qura’ mengenainya;

1) Imam A’sim,Qolun,dan Ibnu Kathir mengizharkan huruf الدال pada kalimah قد pada semua huruf tersebut.
2) Imam Warsy mengidghamkan huruf الدال pada kalimah قد hanya pada huruf الضاد dan الظاء seterusnya mengizharkan pada huruf selain daripada itu.
3) Imam Ibnu Zakuan mengidghamkan huruf الدال pada kalimah قد hanya pada huruf الذال,الضاد,الزاي, dan الظاء.sementara pada huruf الزاي,Imam ibnu Zakuan membacanya dengan 2 wajah iaitu idgham dan izhar,seterusnya mengidghamkan pada huruf selain daripada itu.
4) Imam Hisyam mengidghamkan huruf الدال pada kalimah قد pada kesemua huruf berikut,kecuali pada قد ظلمك .Imam Hisyam mengizharkan hanya didalam surah shad سورة ص) ).
5) Imam Abu Amru,Hamzah,dan Kisaei mengidghamkan huruf الدال pada kalimah قد pada kesemua huruf tersebut tanpa khilaf.

PREPARED BY: MUHAMMAD MUSLIM BIN MOHAMMAD
(5240)

No comments: