Friday, September 12, 2008

imam qiraat 7

LATAR BELAKANG 10 IMAM QIRAAT
1. Imam Nafi’ Namanya Abu Ruaim Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Nuaim Al Laithi. Berasal dari Asfahan. Merupakan imam Darul Hijrah. Wafat pada 169 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Qalun dan Warsh.
Dinisbahkan kepada Nafi’ Bin Abd Rahman al-Madani ( 70-169) h. Beliau telah menetap di Madinah dan telah mengambil dari qari-qari terkenal dari kalangan tabiin contohnya : Az-Zahiri, Abd Rahman Bin Qaim, Abd Rahman Bin Harmuz al-A’raj, dan diambil dari Imam Malik Bin Anas, Asma’I, laits Bin Saad, dan sebarkan oleh dua riwayat : Qalun dan Warsh.
Qalun : Nama Beliau Isa Bin Mina ( 120-220)h, beliau juga merupakan alim dalam bidang nahu. [2][2] menurut setengah ulamak tarikh bahawa Qalun adalah anak tiri Nafi’.
Warsh : Nama beliau Osman Bin Said ( 100-197)h, berasal dari Mesir dari bangsa Qibti, telah pergi kepada Nafi’ di Madinah, sehingga tamat tempohnya kemudian pulang ke Mesir mengamal pembacaannya selama 35 tahun. [3][3] Warsh adalah orang yang paling baik suaranya dan fasih lidahnya membaca al-Quran . Apabila ia membaca al-Quran al-Karim orang datang berduyun-duyun mendengarnya, sehingga orang tak pernah bosan mendengarnya qiraatnya.[4][4]
2. Imam Ibnu Kathir Namanya Abdullah bin Kathir Al makki. Merupakan imam ahli Mekah.[5][5] beliau alim dalam Bahasa Arab, banyak meriwayatkan hadis dari Anas Bin Malik, Abdullah Bin Zubir kemudian telah mengambil bacaan dari Darbas. [6][6] Dilahirkan pada 45 hijrah dan wafat pada 120 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Bazzi dan Qunbul. [7][7]
Bazzi : Beliau berasal dari Parsi, namanya Ahmad Bin Mohammad Bin Abdullah (170-250)h, Muazzin di Masjidil Haram. Beliau berguru dengan ayahnya.
Qunbul : Namanya Muhammad Bin Abdurrahman Al-Mahzumi ( 195-291)h, telah mengambil bacaan dari Bazzi, mereka berdua berguru dengan Ibn Katsir. [8][8]
3. Imam Abu Amru Namanya Zaban bin
Ala
’ bin Ammar bin ‘Uryan Al Maazini Al Tamimi Al Basri. Dilahirkan di Mekah pada tahun 68 hijrah dan wafat pada 154 hijrah di Kufah. Rawinya yang terkenal iaitu Duri dan Susi. [9][9]
Duri : Namanya Hafs Bin Umar Bin Abd Aziz, wafat pada tahun 246h. beliau adalah orang yang terawal mengumpulkan qiraat tujuh dan membacanya. Beliau telah mengambil dari bacaan Abu Amru al-Basri dariwayatkan dari Yahya al-Yazidi.
Susi : Namanya Soleh Bin Ziyad as-Susi wafat pada tahun 261h telah mengambil bacaan dari Abu Amru, mengambil dari al-Yazid seperti juga Hafs. [10][10]4. Imam Ibnu Amir Asy Syami Namanya Abdullah bin Amir Asy Syami Al Yahsobi. Merupakan qadhi di Damsyiq ketika Khilafah Al Walid bin Abdul Malik. Diberi gelaran Aba Amru. Beliau adalah seorang tabiin. Dilahirkan pada 8 hijrah dan wafat pada 118 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Hisyam dan Ibn Zakwan. [11][11]
Hisyam : Hisyam Bin Amar As-Salmi ad-Damsyik, dilahirkan pada tahun 153h dan wafat pada 245h .Diambil bacaannya dari Ayub Bin Tamim dan imam yang lain. Beliau menetap di Damsyik waktu lapangnya digunakan untuk bacaannya ramai yang berguru dengannya.
Ibn Zakuan : Namanya Abdullah Bin Ahmad Al-Fahri, dilahirkan pada tahun 173h dan wafat pada tahun 242h. Beliau telah menghabiskan pengajian dalam bacaannya di Syam selepas Hisyam. Beliau juga telah mengambil bacaannya dari Ayub Bin Abu Tamimah, sepertimana telah ditulis dalam beberapa kitab tajwid dan qiraat. [12][12]5. Imam Asim Namanya Asim bin Abi An Najud Al Asadi. Digelar sebagai Aba Bakar. Merupakan seorang tabiin dan beliau adalah seorang ketua qura’ di Kufah. Terkenal sebagai seorang yang mempunyai suara yang paling lunak. [13][13] Beliau telah mengambil bacaannya dari tabiin : Zar Bin Habisy, Abi Abdur Rahman as-Salmi. [14][14] Wafat pada 127 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Syu’bah dan Hafs. [15][15]
Hafs : Namanya Hafs Bin Sulaiman al-Kufi al-Bazar, dilahirkan pada tahun 90h manakala wafat pada 180h. Meriwayatkan dari Asim adalah antara majority guru dalam dua Negara islam hari ini.
Syu’bah : Namanya Abu bakar Syu’bah Bin ‘Iyasy al-Asadi al-Kufi, dilahirkan pada tahun 95h dan wafat pada tahun 193h bacaan sepertimana Asim, telah membacanya dari jamaah imam-imam di Tanah Arab, salah seorang dari mereka adalah Kisai’e. [16][16]
6. Imam Hamzah Namanya Hamzah bin Habib bin Ammarah Az Zayyat. Digelar Aba Ammarah. Dilahirkan pada tahun 80 hijrah. Beliau adalah seorang peniaga, seorang ahli ibadah dan seorang yang wara’.Wafat pada 156 hijrah pada zaman khilafah Abi Ja’far Al Mansur. Rawinya yang terkenal iaitu Khalaf dan Khalad. [17][17]
Khalaf : Namanya adalah Khalaf Bin Hisyam al-Asadi al-Baghadadi,dilahirkan pada tahun 150h dan wafat pada 229h ahli qiraat yang ke sembilan yang dikukuhkan lagi oleh dan wafat pada tahun 220h. meriwayatkan bacaan darinya adalah al-Wazan, Ahmad al-Halwani Ibnu al-Jazari meriwayatkannya dan beliau telah mengambil bacaan dari Abi Zaid al-ansari , dan Ahmad Bin al-Halwani.
Khalad : Namanya adalah Khalad Bin Khalid as-Syaibani dan yang lain2 lagi.[18][18] Nama lengkapnya ialah Abu Musa Khalad Bin Khalid al-Bashir. Selain seorang ulama’ beliau juga seorang guru qiraat al-Quran yang sangat dikagumi. [19][19]
7. Imam Kisai’ eNamanya Ali bin Hamzah An Nahwi. Digelar sebagai Aba Hasan. Diberi kunyah sebagai kisai’e kerana beliau dibesarkan di satu tempat bernama kusa’. Wafat pada 198 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Abu Haris dan Duri. [20][20]
Abu Haris : Namanya lengkapnya adalah laits Bin Khalid Bin al-Marvi. Ia adalah murid dan sahabat Kisai’e. Abu Haris juga termasuk salah seorang guru qiraat al-Quran yang dabit lagi thiqah.
Duri : Telah diterangkan di atas pada riwayat Abu Amru Bin al-ala’. [21][21]
8. Imam Abu Jaafar Namanya Yazid bin Qa’qa’ Al Makhzumi Al Madani. Diberi kuniah sebagai Abu Jafaar. Beliau adalah seorang tabiin.Wafat pada 130 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Ibn Jammaz dan Ibn Wirdan. [22][22]
Ibn Jammaz : Namanya adalah Sulaiman Bin Muslim Bin Jammaz wafat pada 170 H.
Ibn Wirdan : Isa Bin Wirdan dan beliau wafat pada 160 H.9. Imam Ya’aqub Namanya Yaaqub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq Al Hadhrami Al Basri. Kuniahnya Abu Muhammad. [23][23] Beliau telah mengambil bacaan dari kalangan tabiin seperti al-asyhab dari Abu Musa al-Asy’ari. Beliau adalah sumber rujukan dalam qiraat di Basrah . [24][24]Wafat pada tahun 205 hijrah ketika berumur 88 tahun. Rawinya yang terkenal iaitu Ruais dan Rauh. [25][25]
Ruais : Nama beliau Muhammd Bin Mutawakkal, wafat pada tahun 238 H. telah berguru dengan Yaakub beberapa kali.
Rauh : Nama beliau Rauh Bin Abd Mu’min al-Basri, telah wafat pada tahun 234 H, berguru dengan Yaakub. [26][26]10. Imam Khalaf Al Asyir. Namanya Khalaf bin Hisyam bin Tha’lab bin Kholaf Al Asadi Al Baghdadi Al Bazzar. Digelar sebagai Abu Muhammad. [27][27] Telah mengambil bacaan dari Hamzah Bin az-Zaiyat. [28][28] Dilahirkan pada tahun 150 hijrah dan wafat pada bulan Jamadil Akhir tahun 229 hijrah di
Baghdad
. Rawinya yang terkenal iaitu Ishaq dan Idris [29][29]
Ishak : Namanya Ishak al-Waraq telah berpindah dari Meru ke
Baghdad
. Telah berguru dengan Khalaf, mempopularkan bacaannya di
Baghdad
, telah wafat pada 286 H.
Idris : Namanya Idris al-Hadad dilahirkan pada tahun 189 H dan wafat pada 292 H, Telah berguru dengan Khalaf, mempopularkan bacaannya di
Baghdad